01 July 2025 | 12:07 AM | 0 comments
Ayah datang dari Sabah bawak kami 1 keluarga (Ayah, Ibu, Iwan, Siti (aku) & Ika) datang Selangor tanpa kerja & rumah pada tahun 1999. Mostly yg dtg, biasanya suami/ayah dulu. Dah dpt kerja & tempat tinggal baru anak bini dtg menyusul. Tp ayah tak. Dia dtg dgn harapan kitorang boleh bina hidup kat Semenanjung Malaysia ni. Dia dtg bawa kitorang pergi sana & bila kawan dia tunjukkan rumah yg bakal kitorang duduk, ayah tak sanggup. Bagi dia "kat kampung dah hidup susah, datang sini lagi susah". Dia taknak. Dia tolak. Jadi kitorang pindah duduk dengan sedara kat Semenyih sementara ayah dapat kerja. Seminggu je kitorang duduk Semenyih, ayah dpt kerja kat Sungai Jelok, Kajang. Kitorang duduk bilik atas kilang. 1 bilik lebih kurang saiz 10x10 duduk berlima. Hahaha tapi aku tak ingat apa2 kenangan masa ni.
Ayah cerita, hidup dorg susah. Datang Selangor berbekalkan RM450 jee dalam tangan. Ayah & Ibu pindah2 kerja. Dulu kat Sabah ayah bawa bas & ada kedai barangan sukan. Ibu ada kedai kain & jahit. Datang sini, ayah kerja kilang perabot, kilang minyak wangi, driver van, macam2 lagi lah. Ibu kerja butik jadi tukang jahit. Ayah tak bagi ibu kerja kilang. Hampir kerja kilang tp ayah tak sanggup bagi ibu kerja kilang sbb ayah tahu ibu tak pernah buat kerja berat. Masa ayah cerita, nak menangis dia. Dulu kadang nak sarapan pun takde duit. Ayah cakap Iwan pernah buat dia menangis sekali. Iwan nak beli gula2 bendera 20sen tapi takde duit nak beli. Pergi main kat taman, ada budak ni punya gula2 terabur kat lantai sbb terbuka, iwan berebut nak makan walaupun dah tumpah. Menangis betul ayah tengok masa tu.
Masa tahun 2002 ayah dah beli teksi. Ayah start jadi driver teksi. Ibu dah tak kerja dah masani sbb hidup dah okay sikit. Kitorang pun pindah rumah teres kat Semenyih. Walaupun tak mewah tapi cukup. Tapi ayah kerja driver teksi tak lama. 3 tahun lebih je. Ibu dapat idea nak start berniaga. Ibu mula niaga aksesori. Rantai, gelang, subang, masa ni hidup mewah. Bisnes maju. Kitorang dah dpt beli rumah Alhamdulillah. Tapi biasalah bisnes ni mesti ada pasang surut. Masa kitorang masing2 dah masuk belajar, aku tak tahu ibu ayah struggle nak dapatkan duit untuk bagi kitorang duit belanja. Dulu aku marah, sbb kalau minta duit hari Isnin, kadang hari Rabu atau Khamis baru dapat. Sbb ibu nk cari duit dulu. Sedih betul aku dengar tadi T.T
Dulu aku tak tahu ibu ayah susah payah nak cukupkan kitorang. Bukan sbb aku taknak tahu tp sbb aku tak pernah tengok ibu ayah tunjuk yg kitorang tengah susah. Ibu ayah selalu tunjuk yang kitorang ni sentiasa ada. Ayah fikirkan anak2 dia jee selalu. Kalau ayah setuju nak duduk kat Andalas dulu, aku tak pasti hidup kitorang sekarang macam mana. Bukan aku nak kutuk atau hina org yg duduk kat situ tapi dengan keadaan skrng, kalau di agi pilihan, aku pun taknak duduk kat situ.
Sekarang bila ayah atau ibu minta tolong, atau nak pinjam, aku kadang rasa taknak bagi. Pernah terdetik nak tipu cakap takde duit. Tapi aku lupa dulu ibu ayah pernah langsung takde duit tapi sentiasa make sure kami tak rasa benda tu. Ya Allah, panjangkan lah umur ayah & ibu ku, berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka & berikan mereka kesenangan. Limpahkanlah aku rezeki yang melimpah ruah agar aku dapat berbakti kepada mereka. Aamiin YRA.




Exchange link.
0 Comments available :
Post a Comment