30 July 2024 | 5:10 AM | 0 comments
2020
Tahun ni aku dah habis degree. Konon dah merdeka lah dah habis belajar & nak kerja. Cari punya cari, interview punya interview, dapat lah kerja kat Mont Kiara. Tp baru 2 hari kerja, tiba2 kena work from home sbb Covid 19 melanda dunia. Dunia gengg! Satu dunia kena Movement Control Order (MCO), maksudnya kena duduk rumah jeeeee. Tp Alhamdulillah tak kena buang kerja, boss still simpan utk kerja hehehe. Tp company C, racist sikit ah. Kerja mcm kuli tp tak dpt nk lepas probation. Siot jeeee. Hahaha oh and 2020 ni Abg merisik aku hehehehjej member nak kahwin dah geng 🤣
Tapi sedihnya lepas balik dari Malang dulu, aku breakout teruk. Muka mmg kusam teruk! Jerawat banyakkk. Nasib baik Abg masih sayang hehehehhe. Pastu kerja kat Mont Kiara tak bertahan lama sbb susah nak survive dgn surrounding yg teruk. Pindah kerja dekat sikit dgn rumah. As Site Engineer. Kerja panjat sana panjat sini hahahah. Tapi sis okay jeeee. I loikeeee!
2021
Aku dah kahwin uolls!! Hahahahaaku tunang bulan 2, and nikah bulan 8. Sedih tau sebab nikah kat pejabat agama jeee pastu takde majlis sebab masih Covid. Sebarang aktiviti yang melibatkan perjumpaan orang yang ramai, dilarang! Redha je sis masa tu yang masuk pejabat agama cuma aku, Abg & Ayah aku (wali). Yang lain tengok dari live jee. Hmm sedih tapi tak boleh buat apa. Allah sebaik2 perancang kan
Then aku diuji 2 minggu lepas nikah, aku di diagnos ada Hyperthyroid. Sedih masa ni sbb Dr tak bagi aku pregnant dulu sebab bahaya kalau aku pregnant time aku ada sakit ni. Jadi terpaksa lah "family planning" hahaha. Time sakit, susah sikit nk kerja sbb muscle semua lemah. Kerja kat site kena banyak jalan. Aku dah takleh nk banyak jalan masa tu. Kaki gigil jeeeee. So terpaksa berhenti. Kerja tempat lain yg dok office jeee.
2022
Aku rasa 2022 ni takde yg special sgt masa awal2 tahun sebab biasa jeeee tp masa akhir tahun aku decide utk berhenti kerja & sambung Master (sebab asyik gaduh dengan manager) MUAHAHAHAHAHHAHA. Maka bermula lah fasa jadi student balik. Aku sambung Master Mekanikal kat UKM. Kelas online jeee nokss. Baru nak feeling2 pergi kelas hahaha.
Nothing specia lah tahun ni. Hmmm bosannya! Ohh, tapi tahun ni lah ramai tegur aku kurus gila2. Muka pun nampak lain. Berat masa ni 47kg uollssss. Dari 55. Kau bayanh ehh mcm mana sakit tu effect hidup aku hahahaha.
(Oh lupa nk citer, Nov 2021 abg aku kahwin. Dengan bestfriend aku hahaha Akhishah. Malas nak tambah kat atas. So tambah sini je. Baru meriah sikit posting kat 2022 ni hahahahahaha)
2023
Im pregnant!!! After 2 years of waiting. Tapi ingat tak yg Dr tak bagi pregnant? Hahahaha aku pregnant gak weh. Tp time ni risau sangat2 sbb Dr explain, kalau level thyroid tinggi tak control boleh menyebabkan kematian janin, so kena makan ubat. Tp ubat tu pulak, dose dia tinggi. Kalau pengambilan yang terlampau banyak boleh menyebabkan kecacatan bayi. Aku sumpah risau gila weh time tu. Tp Dr ada bagi ubat yg dose rendah. Cuma Dr risau kalau ubat tu tak effect kat aku. Kalau takde effect, level thyroid tak turun so risau keguguran.
Tapi Allhamdulillah, Allah masih jaga. Best gila weh pregnant time study ni. Hahahaha dok rumah jeee. Time ni lah craving apa semua kena layan muahahaha bagi je alasan "baby nak", terus dapat hehe.
My Master? Opkos lahh manthappp. 2 sem dah weh dapat poplet (4.0) hehehe perform kan aku? Peknen2 pun bijakkk kahkah.
2024
Hello baby! Alhamdulillah 20 Januari 2024 lahirlah puteri aku yang bernama Hayla Maisara binti Muhammad Elyas Muiz. Pandai anak aku ni, lahir2 terus ada Master. Pastu dia lahir betul2 sehari lepas aku settle submit thesis. Tahun ni yang special nya hari2 ada berita pasal Hayla. Apa2 semua nak update dgn family. Hahahaha anak pandai mummy, anak baik mummy, anak cantik mummy, anak solehah mummy, Hayla Maisara. Skrng ni dia dah 6 bulan dah. Pandai makan. Suka makan. Membesar jadi anak yang sihat, baik & solehah yaa sayang mummy ❤️
(Tgh type ni selepas terjaga sbb dia nangis nk susu. Then aku pun takleh tidur. So terjadilah update ni. Hahahaha nanti ada masa aku edit letak gambar kat post ni. Kbyeee uollls! Kalau aku ingat nanti aku update lagi kahkahkah)




Exchange link.
0 Comments available :
Post a Comment