01 July 2025 | 12:07 AM | 0 comments
Ayah datang dari Sabah bawak kami 1 keluarga (Ayah, Ibu, Iwan, Siti (aku) & Ika) datang Selangor tanpa kerja & rumah pada tahun 1999. Mostly yg dtg, biasanya suami/ayah dulu. Dah dpt kerja & tempat tinggal baru anak bini dtg menyusul. Tp ayah tak. Dia dtg dgn harapan kitorang boleh bina hidup kat Semenanjung Malaysia ni. Dia dtg bawa kitorang pergi sana & bila kawan dia tunjukkan rumah yg bakal kitorang duduk, ayah tak sanggup. Bagi dia "kat kampung dah hidup susah, datang sini lagi susah". Dia taknak. Dia tolak. Jadi kitorang pindah duduk dengan sedara kat Semenyih sementara ayah dapat kerja. Seminggu je kitorang duduk Semenyih, ayah dpt kerja kat Sungai Jelok, Kajang. Kitorang duduk bilik atas kilang. 1 bilik lebih kurang saiz 10x10 duduk berlima. Hahaha tapi aku tak ingat apa2 kenangan masa ni.
Ayah cerita, hidup dorg susah. Datang Selangor berbekalkan RM450 jee dalam tangan. Ayah & Ibu pindah2 kerja. Dulu kat Sabah ayah bawa bas & ada kedai barangan sukan. Ibu ada kedai kain & jahit. Datang sini, ayah kerja kilang perabot, kilang minyak wangi, driver van, macam2 lagi lah. Ibu kerja butik jadi tukang jahit. Ayah tak bagi ibu kerja kilang. Hampir kerja kilang tp ayah tak sanggup bagi ibu kerja kilang sbb ayah tahu ibu tak pernah buat kerja berat. Masa ayah cerita, nak menangis dia. Dulu kadang nak sarapan pun takde duit. Ayah cakap Iwan pernah buat dia menangis sekali. Iwan nak beli gula2 bendera 20sen tapi takde duit nak beli. Pergi main kat taman, ada budak ni punya gula2 terabur kat lantai sbb terbuka, iwan berebut nak makan walaupun dah tumpah. Menangis betul ayah tengok masa tu.
Masa tahun 2002 ayah dah beli teksi. Ayah start jadi driver teksi. Ibu dah tak kerja dah masani sbb hidup dah okay sikit. Kitorang pun pindah rumah teres kat Semenyih. Walaupun tak mewah tapi cukup. Tapi ayah kerja driver teksi tak lama. 3 tahun lebih je. Ibu dapat idea nak start berniaga. Ibu mula niaga aksesori. Rantai, gelang, subang, masa ni hidup mewah. Bisnes maju. Kitorang dah dpt beli rumah Alhamdulillah. Tapi biasalah bisnes ni mesti ada pasang surut. Masa kitorang masing2 dah masuk belajar, aku tak tahu ibu ayah struggle nak dapatkan duit untuk bagi kitorang duit belanja. Dulu aku marah, sbb kalau minta duit hari Isnin, kadang hari Rabu atau Khamis baru dapat. Sbb ibu nk cari duit dulu. Sedih betul aku dengar tadi T.T
Dulu aku tak tahu ibu ayah susah payah nak cukupkan kitorang. Bukan sbb aku taknak tahu tp sbb aku tak pernah tengok ibu ayah tunjuk yg kitorang tengah susah. Ibu ayah selalu tunjuk yang kitorang ni sentiasa ada. Ayah fikirkan anak2 dia jee selalu. Kalau ayah setuju nak duduk kat Andalas dulu, aku tak pasti hidup kitorang sekarang macam mana. Bukan aku nak kutuk atau hina org yg duduk kat situ tapi dengan keadaan skrng, kalau di agi pilihan, aku pun taknak duduk kat situ.
Sekarang bila ayah atau ibu minta tolong, atau nak pinjam, aku kadang rasa taknak bagi. Pernah terdetik nak tipu cakap takde duit. Tapi aku lupa dulu ibu ayah pernah langsung takde duit tapi sentiasa make sure kami tak rasa benda tu. Ya Allah, panjangkan lah umur ayah & ibu ku, berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka & berikan mereka kesenangan. Limpahkanlah aku rezeki yang melimpah ruah agar aku dapat berbakti kepada mereka. Aamiin YRA.
30 July 2024 | 5:10 AM | 0 comments
2020
Tahun ni aku dah habis degree. Konon dah merdeka lah dah habis belajar & nak kerja. Cari punya cari, interview punya interview, dapat lah kerja kat Mont Kiara. Tp baru 2 hari kerja, tiba2 kena work from home sbb Covid 19 melanda dunia. Dunia gengg! Satu dunia kena Movement Control Order (MCO), maksudnya kena duduk rumah jeeeee. Tp Alhamdulillah tak kena buang kerja, boss still simpan utk kerja hehehe. Tp company C, racist sikit ah. Kerja mcm kuli tp tak dpt nk lepas probation. Siot jeeee. Hahaha oh and 2020 ni Abg merisik aku hehehehjej member nak kahwin dah geng 🤣
Tapi sedihnya lepas balik dari Malang dulu, aku breakout teruk. Muka mmg kusam teruk! Jerawat banyakkk. Nasib baik Abg masih sayang hehehehhe. Pastu kerja kat Mont Kiara tak bertahan lama sbb susah nak survive dgn surrounding yg teruk. Pindah kerja dekat sikit dgn rumah. As Site Engineer. Kerja panjat sana panjat sini hahahah. Tapi sis okay jeeee. I loikeeee!
2021
Aku dah kahwin uolls!! Hahahahaaku tunang bulan 2, and nikah bulan 8. Sedih tau sebab nikah kat pejabat agama jeee pastu takde majlis sebab masih Covid. Sebarang aktiviti yang melibatkan perjumpaan orang yang ramai, dilarang! Redha je sis masa tu yang masuk pejabat agama cuma aku, Abg & Ayah aku (wali). Yang lain tengok dari live jee. Hmm sedih tapi tak boleh buat apa. Allah sebaik2 perancang kan
Then aku diuji 2 minggu lepas nikah, aku di diagnos ada Hyperthyroid. Sedih masa ni sbb Dr tak bagi aku pregnant dulu sebab bahaya kalau aku pregnant time aku ada sakit ni. Jadi terpaksa lah "family planning" hahaha. Time sakit, susah sikit nk kerja sbb muscle semua lemah. Kerja kat site kena banyak jalan. Aku dah takleh nk banyak jalan masa tu. Kaki gigil jeeeee. So terpaksa berhenti. Kerja tempat lain yg dok office jeee.
2022
Aku rasa 2022 ni takde yg special sgt masa awal2 tahun sebab biasa jeeee tp masa akhir tahun aku decide utk berhenti kerja & sambung Master (sebab asyik gaduh dengan manager) MUAHAHAHAHAHHAHA. Maka bermula lah fasa jadi student balik. Aku sambung Master Mekanikal kat UKM. Kelas online jeee nokss. Baru nak feeling2 pergi kelas hahaha.
Nothing specia lah tahun ni. Hmmm bosannya! Ohh, tapi tahun ni lah ramai tegur aku kurus gila2. Muka pun nampak lain. Berat masa ni 47kg uollssss. Dari 55. Kau bayanh ehh mcm mana sakit tu effect hidup aku hahahaha.
(Oh lupa nk citer, Nov 2021 abg aku kahwin. Dengan bestfriend aku hahaha Akhishah. Malas nak tambah kat atas. So tambah sini je. Baru meriah sikit posting kat 2022 ni hahahahahaha)
2023
Im pregnant!!! After 2 years of waiting. Tapi ingat tak yg Dr tak bagi pregnant? Hahahaha aku pregnant gak weh. Tp time ni risau sangat2 sbb Dr explain, kalau level thyroid tinggi tak control boleh menyebabkan kematian janin, so kena makan ubat. Tp ubat tu pulak, dose dia tinggi. Kalau pengambilan yang terlampau banyak boleh menyebabkan kecacatan bayi. Aku sumpah risau gila weh time tu. Tp Dr ada bagi ubat yg dose rendah. Cuma Dr risau kalau ubat tu tak effect kat aku. Kalau takde effect, level thyroid tak turun so risau keguguran.
Tapi Allhamdulillah, Allah masih jaga. Best gila weh pregnant time study ni. Hahahaha dok rumah jeee. Time ni lah craving apa semua kena layan muahahaha bagi je alasan "baby nak", terus dapat hehe.
My Master? Opkos lahh manthappp. 2 sem dah weh dapat poplet (4.0) hehehe perform kan aku? Peknen2 pun bijakkk kahkah.
2024
Hello baby! Alhamdulillah 20 Januari 2024 lahirlah puteri aku yang bernama Hayla Maisara binti Muhammad Elyas Muiz. Pandai anak aku ni, lahir2 terus ada Master. Pastu dia lahir betul2 sehari lepas aku settle submit thesis. Tahun ni yang special nya hari2 ada berita pasal Hayla. Apa2 semua nak update dgn family. Hahahaha anak pandai mummy, anak baik mummy, anak cantik mummy, anak solehah mummy, Hayla Maisara. Skrng ni dia dah 6 bulan dah. Pandai makan. Suka makan. Membesar jadi anak yang sihat, baik & solehah yaa sayang mummy ❤️
(Tgh type ni selepas terjaga sbb dia nangis nk susu. Then aku pun takleh tidur. So terjadilah update ni. Hahahaha nanti ada masa aku edit letak gambar kat post ni. Kbyeee uollls! Kalau aku ingat nanti aku update lagi kahkahkah)
07 August 2019 | 1:09 PM | 0 comments
2016
Masa last semester diploma, aku putus dgn Mr L. Dont ask why. Aku dah putus. Akhir tahun, Kisya taknak tengok aku koyak. So dia kenalkan aku dengan ex schoolmate dia. MZZ. Aku ok je, berkawan.
2017
Aku baru habis diploma tapi sebulan lepastu aku daftar degree. For first semester, tak ada apa yang menarik. Minggu study week, aku decide untuk join program Univerisiti. First program aku join, MHS. Since drpd tu, aku ditawarkan untuk jadi MPP. Mulanya aku taknak sebab MPP ni menyusahkan. Tapi aku sahut cabaran tu.
Aku bertanding untuk kerusi fakulti FKMP. Alhamdulillah aku menang majoriti untuk kerusi fakulti. Kemenangan aku tak habis kat situ je. Aku dilantik menjadi Setiausaha Agung MPP untuk sesi tu. Mulanya aku takut sebab aku tak tahu basic Setiausaha macam mana tapi mantan2 selalu tolong aku. Aku mampu bertahan setahun. Tapi, result exam aku untuk 2 semester turun mendadak. Sedih..
Sepanjang aku jadi MPP, MZZ pon MPP juga. Aku digosipkan dengan dia. Aku tak marah. Aku suka. Sebab aku suka dia. Tapi, dia main tarik tali dengan aku. Ramai yang nasihatkan aku untuk move on. Aku ambil masa yang lama untuk sedar dan akhirnya aku move on.
2018
Aku bahagia dengan kehidupan selepas pegang tanggungjawab. Aku rasa bebas. 1 semester aku elakkan diri daripada MZZ. Sebab aku taknak berharap, aku nak move on. Ammar pernah pesan "ada orang lain bukan bererti kita gunakan orang tu untuk lupakan orang lain. Tapi mungkin dia boleh jadi sebab kenapa kita nak lupakan orang lain. Bagi peluang kat orang lain. Jangan berharap kat orang yang tak pasti"
So, aku jumpa Abg. Abg aku kenal lama dah. Tapi dulu aku anggap macam abg senior, Tak ada perasaaan kat dia pon. Tapi why not kita buka hati untuk dia hhahahaha so yaaa itulah permulaan aku dengan dia. First time jumpa after dia dah habis belajar, masa dia datang UTHM nak ambil jubah konvo. Masa tu aku ada perasaan macam mana aku dengan Mr L dulu. Berdebar-debar. Hahahahahahaha cliche.
2019
Aku ada sinar hidup baru cewahhh. Aku ada Abg untuk aku luahkan dan kongsikan masalah dan cerita. Aku happy. Now aku tulis blog ni masa aku kat Malang, Indonesia. Aku tengah intern kat sini. Dengan bestfriend aku yang mungkin akan jadi kakak ipar aku. Hahahahaha. Aku dah 23 tahun ni. Dah makin matang. Makin dewasa.
p/s: Tahun ni, aku dapat berita yang Mr L dah kahwin. Well, I'm happy for him. Aku dah tak ada rasa benci atau dendam kat dia. Mungkin apa yang dia pernah buat kat aku, aku takkan lupakan tapi aku harap time heals everything lah. Maafkan? Siapa aku taknak maafkan. Hahaha tapi aku memaafkan buat bererti aku melupakan. Aku takkan kacau kebahagiaan dia. Dia dah bahagia, aku pon dah bahagia. Mungkin dah sampai masa cerita aku dengan dia dah berakhir.
10 September 2014 | 11:23 PM | 0 comments
27 January 2012 | 9:47 PM | 0 comments
aku ingat lagi , nie gamba time form 2 kan . gambar nie kite capture lepas buad latihan nasyid . owhh , nasyid ! miss sangad nak buad persembahan kann , macammacam lagu kita bawak . macammacam bende jadik time latihan , org tuhh merajuk lhaa . org nie ta nak join tetibe lhaa . macammacam lagi lhaa , tapi semua tuhh lha yang melatih kita handle masalah dengan kawankawan kan . sangad rindu korang dowhh , persembahan yang paling best time kita buad persembahan nak raye tuhh . tersangad meriah . dengan azza dan adibah yang semangat meronngeng kat atas tuhh . HAHA :D banyak sangad kenagan kita dengan NASYID nie kann .
#nie gambar time persemabahan raya tuhh sebab azza pakai baju laen dari kita .
then , gambar nie time makan beradap time form 2 . mase nie agak aku agak ta gembira sebab mr L time tuhh kan ikut rombongan KRK-KAA . jadik , dier ta ade time nie . sangad sedih . sedikit lhaa , tapi aku ade kol dier time dier kat sane . sweet ? tidakk ! tapi , makan beradap form 1 lagi best kann . korang ingad tak kita berebut nak tangkap gamba dengan abg waiter yang hencemm tuhh . HAHA :D padahal abg indon ! ta pekk , asalusul ta mengenal cinta ! ehh , cinta ta mengenal asalusul . hee ,
hahh ! nie lagi satu kenangan time form 2 . kita ramairamai pegi bukit broga . best kann . kesian audra , azza ngan adibah . korang tergelincir kann , azza ! aku suka care kaw cover lepas jatuhh depan aspura time tuhh . hee , ta pe azza . kenangan terindah tuhh , ingad sampai tua . lepas pegi broga , kita pegi tekala pulakk kan . boleh pulak adibah lemas , sian kaw dibah . aku nak selamatkan kaw , tapi sorry beb ! aku ta reti berenang ! HAHA :D best tengok fiya buad jump dari atas kann . memang best lha time tuhh .
hahh , nie dia awekksss cun ! pewittt , mintak number awekk . hehee , time nie kita ade jamuan pengawas kann . hahh , jangan ingad tengok muker dorang nie , dorang nie baekk . dorang nie garang ! sape kene marah tuhh memang serik lhaa . HAHA :D ingad ta kita komplot ramairamai nak naek awal sbb menyampah nak join jamuan yg dilaraskan oleh ABG kesayangan korang tuhh kan . HAHA :D macam hape tahh --'
dann , selepas jamuan pengawas kita pown siapsiap nak pegi makan beradap asrama pulakk kan . miss sangad moment tuhh . still ingad lagi korang berdiri sebelah aku dn memang aku pendek sebelah korang . tangkap gambar ramairamai , buad persembahan . bukak kasut sbb nak mantainkan ketinggian . HAHA :D kelakar pown ade kann , sedih pown ade bile teringad balek . skrang , kat kusain tuhh ntah bape kerat jew kann . harap dapat jumper korang lagi . hah , kat atas nie lhaa bodyguard kitorang . hensemhensem taa ? AHHA :D nak number dorang ? mintak sendirik lhaa !
korang , korang ingad ta kita selalu tengok citer 'It Started With A Kiss' samesame . setiap jam 6 mesti dah terpacak depan tv kat DM walaupown DM belom bukak . rela dok situ sbb nak tengokk Zhiang Zhi Shu kann . arghh ! terlalu banyak kenangan yang kita cipta samesame . siyess , nak nanges dowhh ! macammacam yang kita kongsi , macammacam yang kita buad . dan macammacam lagi lhaa macammacam tuhh . HAHA , cakap macam keling !
dan , kat mulut aku sentiasa citer pasal mr L kann . tak pernah tak keluar name dier walaupown sehari *tipu* . mase PMR kita dengar lagu , pastuh aku tepon HOT FM tuhh . ta sangka kene jawab . aku tepon mr L sebelum tidow hari tuhh , then dier ade kol aku time jamuan kita yang ta jadik sbb 'mak' kesayangan korang tuhh . HAHA , ade jew pasal lemon korang kaitkan dengan aku . aku ta marah tapi aku suka . sebab aku semakin ingad kat dia . tapi , sekarang , rasenye semua tuhh terbuku dengan semua kenangankenangan aku . dia hanya kenangan ! lemon hanyalah kenangan dan ABG juga hanyalha kenangan . nak kubur dalamdalam ? ta nakk ! dia hidup lagi !
asma ta tahu kenapa asma masih lagi tulis entry pasal awak . saya rindu awak ? kita dah satu sekolah . saya sayang awak ? saya dah bagitahu sebelum nie . saya angaukan awak ? rasanya tidak . banyak bende lagi yang asma boleh buad . saya harap awak ta bace post yang nie . hee , saya harap sangad awak dapat keputusan yang cemerlang untuk SPM nanti :) and you will be always in my mind , 143 mr L .











Exchange link.